Mesin Kerepek Popular dan Terbaik di Malaysia


Makanan ringan seperti kerepek tidak asing lagi di Malaysia. Perniagaan kerepek sangat popular di Malaysia. Pembuatan kerepek yang mudah memberi peluang kepada mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Lagi mudah sekiranya anda memiliki mesin untuk membuat kerepek dengan kuantiti yang banyak.

Anda antara pengusaha kerepek? Berminat untuk mencari mesin kerepek murah? Buat kerepek dah tak jadi masalah dengan Mesin Kerepek Mataf Industries



Mesin Vegetable Slicer VC5

Mesin ini berfungsi untuk memotong kerepek menjadi hirisan yang nipis dan seragam. Cara penggunaan juga sangat mudah, hanya meletakkan ubi kayu, pisang, pisang tanduk ke dalam mesin, maka mesin tersebut akan memotongnya. Hasil hirisan kerepek boleh terus digoreng ke dalam mesin goreng kerepek.

Mesin ini juga digunakan untuk menghiris bawang merah, bawang besar, halia, peria dan lain-lain. Kerja-kerja hiris dah tak jadi masalah selepas ni.



Mesin Vegetable Slicer DQ-180A





Mesin ini berfungsi untuk memotong kerepek menjadi hirisan yang nipis dan seragam. Cara penggunaan juga sangat mudah, hanya meletakkan ubi ke dalam mesin, maka mesin tersebut akan memotongnya.




Keropok & Banana Slicer

Menghiris atau memotong keropok dengan saiz yang sama. Ketebalan keropok yang dihiris dapat disuaikan mengikut kehendak pengguna antara 0-6mm. Mesin ini menjadi pilihan untuk buat kerepek seperti pisang (pisang tanduk) dan ubi secara maksimum.



Oil Expeller Machine MH-819A




Oil Expeller atau Mesin Buang Minyak ini berfungsi sebagai peniris minyak aneka kerepek serta kuih tradisional seperti kuih siput, kuih tiram, kerepek bayam brazil, kerepek peria, kerepek pisang, kerepek tempe, bawang goreng. Mesin ini juga sering digunakan untuk memerah santan (sebagai mesin perah santan dan juga memerag soya (sebagai mesin perah soya) bebas dari minyak dan lebih tahan lama serta tidak cepat berbau tengik.

Kualiti minyak terjamin kerana body mesin stainless steel grade 304. Kapasiti sehingga 6 kg untuk sekali proses menjadikan proses buang minyak boleh dijalankan dengan cepat dan pantas



Oil Spinner 35L


Mesin spinner berfungsi untuk membuang atau menapis minyak selepas siap menggoreng aneka kerepek serta kuih tradisional seperti kuih siput, kuih tiram, kerepek bayam brazil, kerepek peria kerepek pisang, kerepek tempe, bawang goreng. Mesin ini juga sering digunakan untuk memerah santan (sebagai mesin perah santan dan juga memerag soya (sebagai mesin perah soya) serta dapat mengurangkan minyak yang terdapat pada kerepek dengan cepat dan mudah.

Mesin spinner juga boleh digunakan untuk menapis makanan bergoreng seperti kentang dan ayam goreng.



Multipurpose Cooker Mixer (Drum)


Mesin Mixer Pengadun Tepung, Serbuk dan Perisa ini digunakan dalam industri penyediaan makanan. Fungsi utama mesin ini adalah mencampurkan perisa dengan produk makanan kering, seperti tepung segera, kerepek, serbuk perisa, dan lain-lain. Mesin pengadun/penggaul ini berupaya menghasilkan campuran yang sekata. Bentuk yang unik menjadikan mesin ini dapat mencampurkan rempah dengan makanan dengan mudah tanpa merosakkan bentuk makanan.


Mesin ini juga boleh menggoreng tanpa minyak untuk produk seperti kerisik dan kacang tanah. Dapur gas turut disediakan. Mesin Mixer Pengadun Tepung, Serbuk dan Perisa ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang selamat digunakan. Mesin ini dapat memproses hingga 15-25 kg (mengikut kapasiti produk) dalam satu batch proses.


Selain kapasiti yang cukup besar, operasi mesin ini juga mudah. Anda hanya perlu memasukkan bahan ke dalam tumbler stainless steel. Kemudian hidupkan mesin dan tumbler akan berputar pada kelajuan sederhana.








--------------------------

Mengenai Mataf Industries



Mataf Industries merupakan syarikat milik penuh Bumiputera yang membekalkan Mesin Kerepek yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Syarikat turut menawarkan jaminan selama 3 bulan bagi setiap mesin, dan hampir kesemua mesin kami merupakan buatan Malaysia. Harga mesin kerepek yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu-milik oleh para pengusaha kerepek. Mesin-mesin seperti mesin bungkus kerepek, mesin goreng kerepek, mesin buang minyak/ tapis minyak kerepek juga ditawarkan dengan harga berpatutan.

MATAF INDUSTRIES

179-G & 180-G, Jalan Lavender Heights 5, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

H/P: 019-6669279/ 019-6669219

Tel: 06-6760471


Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 9:00 Pagi - 6:00 Petang

Sabtu: 9:00 Pagi - 2:00 Petang

Layari: Facebook: https://www.facebook.com/mataf.my

Website: http://www.mataf.my

Youtube: https://www.youtube.com/channel/uca-BT3AbRZoBGeUG2A6uoJA/